AHLI JAWATANKUASA
PENASIHAT: DATO HAJI IBRAHIM B. ISMAIL
PENGERUSI: HAJI MEOR ABDULLAH YUSOF BIN MEOR HAMZAH
SETIAUSAHA: HAJI ABDULLAH BIN YUSOF HJ.MUHAMAD BIN YAACOB
BENDAHARI: HAJI MOHAMMAD BIN HARUN
AHLI JAWATANKUASA: HAJI MUHAMAD BIN YAACOB
HAJI NAPI BIN AWANG
HAJAH NIK SUKAR SHAH RANI NIN NIK YUSOFF
HAJI ABDULLAH BIN YUSOF HJ.MUHAMAD BIN YAACOB
1. Pengenalan
a) Mendapat cadangan dari Jawatankuasa Peringkat Negeri supaya setiap cawangan daerah boleh menubuhkan tabung kebajikan dan Infaq sertamelaksanakan sistem kutipan dan penyampainan bantuan kebajikan kepada ahli-ahli,keluarga dan kakitangan.
b) Untuk mendapatkan dana bantuan dari Kerajaan Persekutuan/Negeri, Badan-badan koporat, Wakil Rakyat, agensi-agensi kewangan dan orang
perseorangan bagi membantu Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu, Kelantan yang berada dibawah kadar kemiskinan tegar dimana
dana bantuan yang disalurkan nanti dapat menangani masalah sosioekonomi Pesara Kerajaan dan juga dapat mensejahterakan kehidupan
mereka.
c) Mencadangkan bagi membantu kebajikan kepada pesara yang miskin dan infaq kepada golongan asnaf melalui persatuan ini. Program
Pembasmian Kemiskinan yang akan dilaksanakan nanti boleh menurunkan kadar kemiskinan bagi pesara yang miskin dan golongan asnaf di
Negeri Kelantan.
d) Kegembiraan dan kesedihan adalah lumrah dalam kehidupan ini, apatah lagi bagi kita yang bergelar pesara. Gembira bila anak dapat masuk
Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dapat menantu dan sabagainya.
e) Sedih apabila kita atau keluarga ditimpa musibah seperti kemalangan, masuk hospital, kematian , bencana alam seperti banjir, kebakaran sehingga
memusnahkan harta benda menimpa kita.
f) Diatas perkara inilah Jawatankuasa Kebajikan dan Infaq Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu ditubuhkan. Bagi membantu
dan meringankan beban pesara-pesara.
2. Tajuk
Kumpulan Wang ini hendaklah dikenali sebagai “Tabung Kebajikan dan Infaq Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu,
Kelantan”rengkasnya PPKMCKB TABUNG KEBAJIKAN.
Tabung Kebajikan dan Infaq Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu, Kelantan. Selepas ini dipanggil Tabung Kebajikan dan
Infaq.
3. Tujuan
Tabung Kebajikan dan Infaq ini ditubuhkan bagi tujuan berikut:-
a) Membantu perbelanjaan pengurusan kematian ahli, pasangan dan anak-anak;
b) Membantu perbelanjaan hospital;
c) Membantu ahli-ahli yang sakit dan tidak berupaya;
d) Membantu ahli-ahli menukar manik mata;
e) Membantu ahli/anak ahli yang berkahwin;
f) Membantu ahli/anak ahli yang masuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT):
g) Membantu ahli-ahli yang ditimpa bencana alam;
h) Membantu ahli-ahli menunaikan haji/umrah;
i) Membantu ahli-ahli dengan ziarah kaseh;
j) Menderma kepada badan-badan yang diiktiraf bagi meneruskan aktiviti kebajikan;
k) Menderma kepada badan-badan anjuran Kerajaan dengan tujuan membangunkan masyarakat.
4. Punca Kewangan
a) Sumbangan tetap dari ahli-ahli dan
kakitangan Yuran Tahunan sebanyak RM50.00 (Ringgit:
Lima puluh sahaja).
b) Sumbangan dari Kerajaan Persekutuan/Negeri
c) Sumbangan Badan-badan Koporat dan agensi kewangan
d) Sumbangan dari Wakil Rakyat atau orang perseorangan
e) Sumbangan dari Badan Insuran
5. Pentadbiran Tabung
a) Tabung Kebajikan dan Infaq ini
hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Infaq yang dilantik
oleh Jawatankuasa Persatuan
Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu, Kelantan.
b) Kumpulan Wang Tabung ini hendaklah disimpan atas nama Tabung Kebajikan
dan Infaq Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota
Bharu, Kelantan. Rengkasnya : PPKMCKB TABUNG KEBAJIKAN. Di sebuah Bank
yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan Kota Bharu,
Kelantan. Kira-kiranya akan dikelolakan bersama Timbalan Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari.
c) Bendahari boleh menyimpan dalam tangan wang panjar yang tidak melebihi
RM500.00 pada sesuatu masa.Tiada perbelanjaan melebihi
RM500.00 pada sesuatu masa boleh dibuat oleh Bendahari Cawangan tanpa izin
terlebihi dahulu dari Jawatankuasa Cawangan.
6. Tahun Kewangan
Tahun KewanganTabung Kebajikan dan Infaq hendaklah bermula pada satu
Januari dan berakhir tiga puluh satu Disember tiap-tiap tahun.
7. Rekod-Rekod
a) Bendahari Tabung Kebajikan dan Infaq hendaklah menyimpan buku
kira-kira berasingan bagi Tabung ini.
b) Buku-buku yang berikut hendaklah diselelenggara oleh Bendahari:-
i. |
Sebuah buku tunai; |
a) Pesara dikehendaki daftar (memohon) sebagai ahli Tabung Kebajikan dan Infaq dengan mengisi borang yang disediakan.
b) Pesara Kerajaan yang membayar yuran tahunan setiap tahun sehingga berumur 75 tahun.
c) Suami dan Isteri Pesara Kerajaan yang telah menjadi ahli seperti perengan (b) diatas.
d) Orang-orang yang menerima pencen terbitan bulanan dengan membayar yuran tahunan.
e) Tiga orang anak yang berumur satu tahun hingga18 tahun
f) Seorang ahli yang telah menjadi ahli dan membayar yuran tahunan tiga bulan tidak putus-putus, adalah layak untuk memohon derma dari Tabung
Kebajikan dan Infaq.
g) Waris bagi anggota dan kakitangan yang mati adalah layak memohon bantuan derma ini dengan syarat bahawa ahli yang mati itu menjadi ahli
tabung ini dengan membayar Yuran tahunan tiga tahun berterusan. Kelayakan ini akan tamat tempohnya selepas enam bulan dari tarikh
kematian ahli.
h) Didalam keadaan dimana suami/isteri adalah ahli tabung ini, maka kedua-dua layak memohon derma dari Tabung Kebajikan dan Infaq.
i) Ahli dan waris tidak boleh menuntut bahawa derma dibawah Tabung Kebajikan dan Infaq ini sebagai satu haknya.
9. Permohonan bantuan
a) Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan derma dari Tabung Kebajikan dan Infaq ini hendaklah dibuat didalam borang yang disediakan
oleh tabung ini.
b) Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama kenyataan(dokumen) fotostat yang disahkan yang boleh menyokong kelulusan
permohonan tersebut.
10. Bantuan/derma
Bantuan/derma kepada pemohon ahli yang layak adalah tidak melebihi kadar berikut:-
a) Kerana kematian ahli RM400.00 (Ringgit: empat ratus sahaja)
b) Kerana kematian suami/isteri RM100.00 (Ringgit: satu ratus sahaja)
c) Kerana kematian anak ahli RM100.00 (Ringgit: satu ratus sahaja)
d) Kerana rawatan dihospital @ pusat rawatan sementara yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ahli kadar bayaran RM10.00
(Ringgit: sepuluh sahaja) satu hari dan dihadkan lima belas hari(15) dalam tahun kewangan.
e) Kerana tukar manik mata sebelah RM100.00 (Ringgit: satu ratus sahaja).
f) Kerana ditimpa bencana alam tidak melebihi RM200.00 (Ringgit: dua ratus sahaja).
g) Kerana ahli/anak ahli masuk Institusi Pengajian tinggi (IPT) peringkat pertama RM200.00 (Ringgit: dua ratus sahaja).
h) Menerima rawatan kritikal di hospital atau mengalami sakit yang berpanjangan dan tidak upaya tidak melebihi RM100.00 (Ringgit : satu ratus
sahaja) sekali sahaja.
i) Kerana menunaikan Haji/Umrah RM200.00 (Ringgit: dua ratus sahaja) sekali sahaja.
j) Kerana ahli kahwin/anak kahwin RM100.00(Ringgit: satu ratus sahaja).
k) Kerana zirah kaseh RM50.00 (Ringgit: lima puluh sahaja).
l) Kerana kematian Kemalangan RM2,000.00 (Ringgit: dua ribu sahaja)
m) Membantu mendapatkan Khidmat Guaman Kepada ahli yang kemalangan dijalan raya.
Mula beroperasi apabila cukup lima pulu (50) 0rang ahli yang membayar yuran atau mana unit kebajikan dan infaq mencapai RM5,000.00 (Ringgit:
lima ribu sahaja)
12. Memproses borang permohonan.
a) Setiap ahli yang membuat permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh tabung ini.
b) Borang-borang permohonan, apabila terima hendaklah diproses oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Infaq persatuan ini.
c) Jawatankuasa ini hendaklah menentukan permohonan yang diterima dibuat mengikut kehendaki dan syarat-syarat yang ditentukan.
13. Pembayaran
a) Semua pembayaran hendaklah dengan menggunakan cek kecuali apa-apa amaun yang kurang dari RM200.00 (Ringgit: dua ratus sahaja).
b) Bayaran hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Kebajikan dan Infaq meluluskan. Segala permohonan dan jumlah bayaran hendaklah dibawa
kepada Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan ini untuk makluman dan disahkan.
14. Penggantungan Bantuan/derma.
a) Jika kedudukan Tabung Kebajikan dan Infaq ini mengalami kesulitan disegi kewangan, maka Jawatankuasa Persatuan ini hendaklah menggantung
aktivitinya sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.
b) Ahli-ahli dan kakitangan tabung ini hendaklah diberitahu melalui surat Pekeliling mengenai penggantungan atau pemulihan semula Tabung
Kebajikan dan Infaq ini.
15. Audit
Akaun Tabung Kebajikan dan Infaq ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun Persatuan ini.
16. Penama
Tiap ahli tabung ini hendaklah melantek seorang penama dan sekiranya tiada penama di namakan, maka jumlah faedah yang diperuntukan hendaklah
dibayar kepada warih yang sah mengikut fariag.
17. Perkara-perkara Yang Tidak Di nyatakan Dalam Undang-Undang.
Keputusan Ahli Jawatankuasa Persatuan ini adalah muktamad di atas perkara yang tidak di nyatakan dalam peraturan ini melainkan jika di batalkan
oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
18. Perbelanjaan bagi Pentadbiran
Kumpulan wang ini hanya boleh di gunakan bagi membayar faedah kematian, masuk hospital, mengeluarkan biasiswa,sara hidup, bencana alam,
tukar manik, perkahwinan,haji/umrah dan dengan pentadbiran Kumpulan Wang ini ditanggong oleh tabung ini.
Penambahan atau pindaan-pindaan kepada peraturan ini tidak boleh di buat melainkan dengan mengikut Fasal 23 dalam undang-undang dan
Perlembagaan Persatuan ini dan segala pindaan-pindaan tidak boleh di kuat kuasakan sahingga di daftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
20. Pembubaran
Jika Ahli Jawatankuasa Persatuan ini berpendapat bahawa kedudukan kewangan Kebajikan dan Infaq ini atau lain-lain sebab yang Kumpulan Wang
Kebajikan dan Infaq ini tidak boleh lagi di teruskan, maka satu ketetapan bagi pembubaranya akan di ambil dengan undi sulit oleh semua ahli-ahli
yang berhak. Selepasn membayar segala hutang-hutang, bakinya jika ada hendaklah dilaksanakan saperti yang ditetapkan oleh ahli-ahli dengan cara
undi sulit.
Undang-undang ini sudah dibentang dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pesatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu kali lapan pada
lapan hari bulan mei tahun dua ribu dua puluh empat. Di Hote
*dikemaskini 23 Jun2024