MISI

 (a)    Mengumpul dan menyatukan semua pesara dalam 

        satu organisasi.

(b)    Mewujudkan pengertian perpaduan dan persefahaman antara ahlinya.

(c)   Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya dan membangkitkan persoalan-persoalan yang bersabit kepada pihak Kerajaan.

(d)  Mengadakan kemudahan-kemudahan sedemikian          
      sebagaimana yang harus dianggap perlu bagi faedah 
      para ahlinya.

(e)  Mewujudkan sebuah atau lebih rumah-rumah kelab 
      bagi  kegunaan para ahlinya.

(f)   Menyertai secara perseorangan atau secara bersama 
    mana-mana kegiatan dan usaha kebajikan dalam  
    pembangunan Negara.

(g)   Memperolehi, membeli, menyewa atau memiliki tanah, bangunan-bangunan, saham dan aset-aset yang lain sebagaimana yang mungkin diperlukan bagi mencapai tujuan dan maksud yang tersebut.

(h)   Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi menambah kumpulan wang Persatuan ini. Bagaimanapun, semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan ini dari penyertaan dalam sebarang perniagaan hendaklah digunakan hanya ke arah perlanjutan, penggalakan dan perlaksanaan maksud Persatuan ini dan tiada sebahagian daripada wang dan keuntungan itu boleh dibayar sebagai dividen, bonus atau keuntungan kepada mana-mana ahli Persatuan ini, dengan syarat bahawa tiada apa-apa yang ternyata atau terkandung di sini boleh melarang Persatuan ini membayar dengan ikhlas upah atau perbelanjaan sedemikian atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli Persatuan ini, atau kepada orang atau orang lain kerana perkhidmatan yang sebenarnya diberikan olehnya atau oleh mereka kepada Persatuan ini.

PPKM BAHAGIAN NEGERI KELANTAN.....DUNIAMU HEBAT.....MENJANA KEMESRAAN & ILTIZAM BERSAMA