BICARA SETIAUSAHA

 





Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama bertemu dan berhimpun di majlis keramaian anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu Kelantan. 

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua sentiasa komited dan pengerak ummah yang berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan kegiatan masing-masing. Kerajaan sentiasa menghargai dan mengiktiraf Persatuan untuk mengaktifkan sosial jaringan untuk memperkukuhkan hubungan antara Ahli-ahli supaya dapat membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat serta memberi manfaat untuk semuanya. 

Sokongan dan kerjasama antara Ahli-ahli bagi meluangkan masa bagi menjayakan pelbagai aktiviti sosial amatlah dihargai. Syabas dan tahniah untuk semua

HAJI SHUKRI @ MD NOR BIN MOHD SALLEH 
Setiausaha Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu Kelantan